Akankah ianya hilang? on Tuesday, July 6, 2010
, 10:02 PM
"Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya."Seperti lagu ini, sepasang baju kurung biru menjadi temannya pada Hari Raya. Adakah kita akan menghargai busana tradisional seperti ini di masa hadapan? Hmm.. Sepanjang minggu saya telah memikirkan tentang pakaian tradisional Melayu yang ada kini. Sesungguhnya, busana-busana ini sememangnya indah-indah belaka. Ia mencerminkan keanggunan dan kesucian seseorang itu, terutama sekali, kaum wanita. Corak kain yang digunakan pula berwarna-warni. Ini dapat menceriakan si pemakai. Ada diantara busana-busana yang ada menunjukkan bentuk badan. Mungkin ada yang kurang senang dengan perkara ini. Ada juga yang lebih suka dengan potongan sebegitu. Walau bagaimanapun, busana-busana ini semua tetap menutup aurat si pemakai. Memang dari dulunya, budaya Melayu mementingkan peradaban yang sopan dan tidak menjolok mata. Ini semua untuk mengekalkan kesucian yang ada pada seseorang itu supaya tidak ada yang bersangka buruk, Sesuatu yang tidak dipraktikkan orang-orang Melayu, sejak dahulu lagi. Orang-orang Melayu pada zaman lampau memakai baju kurung dan kebaya sebagai pakaian harian mereka. Namun, kerana peredaran masa dan unsur-unsur lain, orang-orang Melayu terutamanya di Singapura tidak lagi memakai pakaian tradisional ini lagi sebagai pakaian harian mereka. Malahan, mereka hanya mengenakan kemeja-T dengan seluar panjang lazimnya. Mereka hanya memakai baju kurung, contohnya, hanya untuk majlis-majlis tertentu. Seperti majlis perkahwinan dan juga Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya. Orang-orang Melayu di Malaysia masih ada yang memakai baju kurung dalam kehidupan seharian mereka. Mungkinkah, dalam beberapa puluh tahun yang akan datang, orang-orang Melayu tidak akan lagi memakai pakaian tradisional? Bulu roma saya tegak berdiri memikirkan tentang perkara ini. Ia sesuatu yang membimbangkan. Mengapa ya kini, ramai orang Melayu, terutama sekali anak muda tidak suka mengenakan pakaian-pakaian sebegini? Antara alasan yang diberikan adalah, pakaian ini kebanyakannya panas dan kurang selesa. Ada juga yang mengatakan bahawa, mereka berasa ganjil mengenakan pakaian-pakaian ini kerana masa telah berubah. Orang tidak lagi memakai pakaian ini semua. itu sebablah ianya digelar, pakaian tradisional. Kalau pakaian-pakaian ini dijaga dan dihargai sampai bila-bila bagus. Tetapi, jikalau, ianya hilang, ataupun tidak lagi dipakai pada masa-masa yang akan datang, bagaimana ya? Akankah Melayu hilang dari segi itu? Mari kita renungkan ~ Bahasa Kita. Gunakanlah ~ Labels: Renungkanlah |
EMEL Seorang remaja yang amat berminat dengan bahasa Melayu dan budayanya. Dia ingin mengekalkan keindahan dan kesuciannya. Nama saya, Siti Aisyah. Saya berumur 16 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Marsiling. Blog ini dimulakan sempena, Bulan Bahasa 2010. Ada apa-apa soalan? Emel sahaja saya. :) Bahasa Kita, Gunakanlah ~ Ada soalan? Tanya di sini. :) Layout: 16thday x Perkataan-perkataan baharu: Bersemayam - Bertempat. Kesinambungan - Persambungan. Berkancing - Bersangkut / Berbutang. |