Benang Gelas on Wednesday, July 21, 2010
, 7:52 AM
"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana"kites. by ~seba5tian on deviantART Salam semuanya! Apa khabar ya? Maaf kerana tidak mengemaskinikan blog ini sekian lama. Maklumlah, sibuk dengan pekerjaan sekolah. Hari ini, saya akan menyentuh mengenai permainan tradisional yang bersangkut paut dengan budaya Melayu. Saya telah meminjam buku dari Perpustakaan Woodlands baru-baru ini yang bertajuk Sanggan Budaya, hasil susunan Encik Aliman Hassan. Seperti tajuknya, buku ini mengandungi pelbagai nota dan informasi mengenai budaya Melayu ini. Pembaca, tahukah anda tentang 'Benang Gelas'? Pelik bukan bunyinya? Bagi yang kurang tahu, 'Benang Gelas' sebenarnya adalah hanya benang yang digunakan untuk bermain layang-layang. Namun begitu, keunikan benang ialah, benang ini terlebih dahulunya telah disapu atau diselaputi serbuk kaca yang telah ditumbuk halus. Kaca yang telah menjadi serbuk itu kemudiannya akan dicampurkan dengan 'Air Kak'. 'Air Kak' ini adalah sejenis cecair pelekat atau lebih dikenali sebagai gam. Benang ini digunakan dalam pertandingan layang-layan di udara. Benang yang tajam ini akan dapat memutuskan benang layang-layang yang lain lalu menghanyutkannya. Kaca yang sering digunakan atau menjadi pilihan utama ialah kaca bol lampu. Ini menjadi pilihan kerana kacanya tipis dan mudah dihancurkan untuk menjadi serbuk. Setelah ditumbuk, kaca tersebut akan diayak dan dimasukkan ke dalam tin dan kemudiannya direbus dengan kepingan 'Air Kak' hingga cair dan sebati. Setelah disejukkan, dimasukkan sebuku benang yang akan dikacau hingga sebati. Benang yang telah direndam dalam 'Air Kak' yang bercampur dengan serbuk kaca itu direntangkan antara dua tiang dan dijemur hingga kering. Cerdik bukan rekaan ini? Namun, kini, benang-benang ini tidak dibenarkan dalam pertandingan umum kerana ianya tidak selamat dan tidak adil. Kalau tidak, musnahlah semua layang-layang yang lain! Saya tidak sangka, benang yang tidak seberapa itu dapat dijadikan seperti senjata untuk menang. Kini, anda semua telah tahu akan benang ini. Kongsilah pengetahuan baharu ini dengan ahli keluarga anda semua ya! Salam sayang, sekian. Labels: Permainan |
EMEL Seorang remaja yang amat berminat dengan bahasa Melayu dan budayanya. Dia ingin mengekalkan keindahan dan kesuciannya. Nama saya, Siti Aisyah. Saya berumur 16 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Marsiling. Blog ini dimulakan sempena, Bulan Bahasa 2010. Ada apa-apa soalan? Emel sahaja saya. :) Bahasa Kita, Gunakanlah ~ Ada soalan? Tanya di sini. :) Layout: 16thday x Perkataan-perkataan baharu: Bersemayam - Bertempat. Kesinambungan - Persambungan. Berkancing - Bersangkut / Berbutang. |