Permainan? on Friday, July 23, 2010
, 8:14 AM
"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar." congkak. by ~tambourinexgirl on deviantART Pada hari ini, saya akan berkongsi tentang sebuah permainan yang begitu sinonim dengan budaya Melayu kita. Tentu sekali setiap anak Melayu mengenali perkataan, congkak, ini. Baca terus untuk mengetahui lebih tentang apa sebenarnya congkak. Congkak ialah sejenis permainan tradisional yang dibuat daripada kayu berukuran 80 sentimeter panjang, dan 18 sentimeter lebar. Terdapat juga papan congkak yang berukir indah. Ini bermaksud, papan kayu ini diukir dengan ukiran-ukiran yang bertujuan untuk menghiasi papan tersebut. Dalam permainan ini, ianya memerlukan dua orang pemain. Para remaja pada zaman silam amat suka akan permainan ini, terutama sekali anak-anak gadis. Papan congkak mempunyai 14 lubang yang dipanggil "kampung". Tidak lupa juga, terdapat dua lubang besar di setiap hujungnya yang dipanggil "rumah". KLIK DI SINI!! Untuk cara-cara bermain congkak. Saya suka congkak. Anda bagaimana pula? Wasalam. Labels: Jawapannya |
EMEL Seorang remaja yang amat berminat dengan bahasa Melayu dan budayanya. Dia ingin mengekalkan keindahan dan kesuciannya. Nama saya, Siti Aisyah. Saya berumur 16 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Marsiling. Blog ini dimulakan sempena, Bulan Bahasa 2010. Ada apa-apa soalan? Emel sahaja saya. :) Bahasa Kita, Gunakanlah ~ Ada soalan? Tanya di sini. :) Layout: 16thday x Perkataan-perkataan baharu: Bersemayam - Bertempat. Kesinambungan - Persambungan. Berkancing - Bersangkut / Berbutang. |